[VIDEO] Pengenalan tulisan khat di SJKC, SJKT diteruskan

Maszlee bercakap pada sidang media mengenai pelaksanaan tulisan jawi di Kementerian Pendidikan hari ini. - Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Maszlee bercakap pada sidang media mengenai pelaksanaan tulisan jawi di Kementerian Pendidikan hari ini. - Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI][VIDEO] Jemaah menteri memutuskan supaya pengenalan tulisan khat diteruskan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) seperti dirancang dengan mengambil kira beberapa langkah penyesuaian yang berkaitan.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, jemaah menteri dalam keputusannya memaklumkan bahawa pengenalan tulisan khat ini akan dimuatkan sebanyak tiga muka surat di dalam buku teks Bahasa Melayu Tahun Empat.

“Mesyuarat jemaah menteri pada 7 Ogos lalu telah meneliti semua pandangan termasuk yang dibangkitkan di media masa sejak seminggu lalu.

“Jemaah menteri menetapkan supaya pengenalan tulisan khat ini dilakukan secara pilihan dengan guru diberikan kuasa untuk membuat kreativiti untuk melaksanakannya di bilik darjah masing-masing,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sebelum ini Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching mencapai konsensus bersama 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bahawa hanya pengenalan seni tulisan khat yang akan diperkenalkan di sekolah rendah pada tahun hadapan.

Mengulas lanjut, Maszlee berkata, jemaah menteri juga bersetuju agar pengenalan tulisan khat itu tidak dinilai di dalam sebarang ujian atau peperiksaan.

“KPM berharap agar melalui keputusan yang dibuat Mesyuarat Jemaah Menteri ini, isu pengenalan tulisan khat ini tidak lagi dibangkitkan secara tidak tepat sehingga menimbulkan kekeliruan ramai.

“KPM dari semasa ke semasa akan terus mengadakan sesi libat urus dengan semu pihak demi kebaikan dan manfaat sistem pendidikan negara,” katanya.

Artikel Berkaitan:

LANGSUNG: Sidang Media Keputusan Kabinet Berkaitan Tulisan Jawi di Kementerian Pendidikan, Putrajaya bersama wartawan Muhamad Shamsul Abd Gani dan Nina Farzuin Md Sharom.

Posted by Sinar Harian on Wednesday, August 7, 2019